Isu tanah lapangan terbang, bekas MB Perak sedia beri kerjasama

April 23, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Besar (MB) Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan, malah SPRM diminta untuk menyiasat secara terperinci bagi mengetahui kebenaran penjualan tanah berkeluasan ratusan hektar itu kepada sebuah syarikat swasta, lapor Bernama.

“Saya tidak mahu komen perkara ini, saya dengar masih dalam siasatan SPRM jadi saya mohon SPRM siasat sedalam-dalamnya dan dedahkan kepada orang ramai akan kebijaksanaan para pemimpin kita dalam melakukan sesuatu keputusan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Program Kembara Sahur Peja Bersama Fun Ride Riders di sini, hari ini.

Pada 18 April lepas, Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad menjelaskan seramai 10 lagi individu termasuk bekas Exco kerajaan negeri dipanggil membantu siasatan SPRM berhubung isu itu selain pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), pegawai kerajaan negeri dan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Parti Amanah Perak Datuk Asmuni Awi berkata penjualan tanah kepada syarikat swasta adalah di luar pengetahuan Exco kerajaan negeri ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Asmuni yang juga seorang daripada Exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Faizal ketika pentadbiran negeri diterajui PH mendakwa sepanjang menyandang jawatan itu, penjualan terbabit tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco untuk diluluskan.

Terdahulu, MB Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pula memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan ketika di bawah pentadbiran PH kepada syarikat swasta untuk pembangunan bercampur di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok