Malaysia layan pelarian Rohingya dengan baik: Hamzah

April 22, 2022 · Isu semasa

Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata sebaliknya atas dasar kemanusiaan, Malaysia telah menyediakan keperluan asas kepada pelarian Rohingya sejak sekian lama walaupun negara jiran menolak untuk berbuat sedemikian malah tiada negara ketiga yang sanggup menerima mereka, lapor Bernama.

“Mereka mahu kita layan sebagai apa kerana mereka ini adalah pelarian, itu kena faham. Diberikan makan percuma, tempat tinggal juga percuma, jadi layanan apa lagi yang mereka mahukan?”

“Buat masa ini, tidak ada lagi mana-mana negara ketiga yang mahu mengambil mereka. Siapa yang mahu ambil mereka ini? Jika tiada, kita terpaksa tahan dulu,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Perikatan Nasional Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan telah memberikan layanan buruk kepada pelarian dalam tahanan.

Semalam, kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty dilapor menyalahkan kerajaan atas kematian tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu pada Rabu.

Kumpulan itu mendakwa tiada sebab untuk memadatkan pelarian di pusat tahanan sementara kerana mereka tidak boleh dihantar pulang atas prinsip ‘non-refoulment.’

Setakat ini, seramai 432 tahanan etnik Rohingya daripada 528 tahanan yang melarikan diri sudah ditahan semula manakala 96 lagi masih belum ditemukan.

Mengulas lanjut, Hamzah menasihati orang ramai agar tidak panik dengan isu itu kerana mereka yang terlibat bukanlah dalam kalangan pengganas.

“Saya ingin maklumkan kepada orang kampung supaya janganlah bila tengok orang-orang Rohingya seolah-olah mereka itu adalah penjenayah.

“Mereka adalah pelarian. Kalau rasa nampak seperti orang luar, maklumkanlah secepat mungkin supaya kita dapat tangkap dan masukkan ke pusat tahanan semula,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Ada lagi Ahli Parlimen PN didekati ahli perniagaan lobi tukar sokongan, dedah Hamzah
November 4, 2023· Politik
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok