Covid-19: Kali kedua negara catat jumlah kematian terendah tahun ini

April 22, 2022 · Isu semasa

Jumlah kes kematian yang disebabkan komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 21 April 2022), turun kepada paras terendah, kali kedua dicatat sepanjang tahun ini, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tempoh itu hanya lima kematian dilaporkan, termasuk empat pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum mayat dibawa ke hospital atau kes ‘brought in death’ (BID).

Pada 29 Januari lalu, negara turut mencatat lima kematian akibat komplikasi Covid-19.

Angka terbaharu semalam menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 mencecah 35,470 kes, termasuk 7,509 kes BID.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan tiga negeri sahaja yang mencatat kes kematian akibat Covid-19 semalam, dengan tiga daripadanya dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah serta Sarawak.

Lima negeri kekal mencatat kes kematian melebihi 2,000 iaitu Selangor sebanyak 10,610, diikuti Johor (4,497); Sabah (3,121); Kuala Lumpur (2,814); dan Kedah (2,615 kes).

Enam negeri lagi mencatat jumlah kematian melebihi 1,000 iaitu Pulau Pinang sebanyak 1,976 kes; Perak (1,905); Sarawak (1,726); Negeri Sembilan (1,471); Kelantan (1,419); dan Melaka (1,110 kes).

Sementara itu, KKM juga melaporkan hanya satu kluster baharu Covid-19 dikesan semalam yang melibatkan kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Simpang Empat Bagan Datuk, Perak membabitkan 17 jangkitan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok