Saksi pendakwaan kes Bella nafi dibayar buat keterangan palsu

April 20, 2022 · Isu semasa

Saksi kelima pendakwaan dalam kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan menerima bayaran bagi memberikan keterangan palsu di mahkamah.

Bekas penghuni Rumah Bonda tersebut menolak cadangan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainum Ahd Razali, bahawa saksi itu dan bapanya dibayar oleh kumpulan yang dikenali sebagai ‘Justice For Bella’.

Yasmin bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Bella perlu berdiri setiap hari atas arahan Siti Bainun.

Peguam pembelaan kemudian menayangkan satu klip video yang menunjukkan Bella sedang mengutip nasi dalam keadaan tidak berdiri mahupun sedang duduk.

Sususlan dari itu, Nur A’minahtul Mardiah mencadangkan bahawa ia boleh menyebabkan Bella mengalami ‘inflammation’ atau keradangan di lutut serta kaki tidak boleh bergerak.

Yasmin bagaimanapun menjawab “tidak pasti”.

Dalam prosiding sama, mahkamah menyayangkan video klip kejadian awal Bella ditemui oleh pengadu kes yang juga saksi pertama pendakwaan, Zurianty Sudin, dimana mahkamah mengarahkan supaya prosiding ketika itu dijalankan secara tertutup kerana mangsa merupakan remaja di bawah umur.

Selepas video ditayangkan, Yasmin berkata Bella tidak ada menyebut nama Siti Bainun dalam rakaman klip video tersebut.

Dia turut bersetuju bahawa Bella menamakan ‘Shomin’ sebagai orang yang mengikatnya dan mengaku Bella memanggilnya dengan gelaran ‘Shomin’.

Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan iaitu mengabai  mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok