Penganjur debat Anwar-Najib belum mohon permit polis

April 19, 2022 · Isu semasa

Setakat hari ini, masih belum ada sebarang permohonan permit diterima daripada pihak penganjur debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung Mei depan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor yang memberitahu pihaknya


dipetik laporan Harian Metro hari ini.

Penganjur debat sebelum ini memberitahu program itu dijadualkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, pada 9 malam 12 Mei ini.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil semasa sidang media bersama berkata, format debat itu merangkumi tiga bahagian yang akan membincangkan berhubung isu Sapura Energy.

Untuk rekod, Najib sebelum ini dicabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tetapi sebaliknya mencabar Anwar untuk berdebat berhubung isu Sapura.

Ia bermula susulan cabaran yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen (MP) Pandan itu berhubung isu melibatkan Sapura yang sedang berdepan isu aliran kewangan.

Dijangkakan program debat itu bakal disiarkan secara langsung, dan beberapa agensi media dilaporkan sedang berbincang untuk menganjurkan acara itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok