Penghakiman penuh kes basikal lajak: Pendakwaan buktikan Sam salah

April 15, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Johor Bahru mensabitkan kerani, Sam Ke Ting, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 2017, selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hakim Abu Bakar Katar dalam penghakiman penuhnya berkata, pihak responden turut didapati gagal mengemukakan pembelaan pada peringkat pendakwaan perbicaraannya.

Beliau berkata, kenyataan tidak bersumpah wanita berusia 27 tahun itu dari kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya untuk membela diri, adalah penafian kosong semata-mata yang difikirkan kemudian.

“Responden (Ke Ting) dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Namun, versi ini tidak pernah ditimbulkan responden ketika kes pendakwaan.

“Mahkamah Bicara (Mahkamah Majistret) telah terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan responden tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan, khasnya responden yang memandu keretanya secara berbahaya, mengambil kira keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit.

“Mahkamah Bicara turut terkhilaf apabila menerima pembelaan responden tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian, sebagai alasan untuk memandu keretanya secara berbahaya sehingga mengorbankan lapan mangsa.

“Responden seharusnya memandu kereta dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan itu. Responden juga sepatutnya menyedari kawasan kemalangan itu, pencahayaannya tidak begitu terang kira-kira jam 3.20 pagi ketika kejadian berlaku, tambahan pula jarak penglihatan ke hadapan agak terhad.

“Sehubungan itu, responden seharusnya sedar ada risiko yang mungkin boleh berlaku jika memandu keretanya melebihi had 50 kilometer sejam sebelum sampai di tempat kemalangan,” katanya seperti dilapor BH.

Rabu lalu, mahkamah memerintahkan Ke Ting dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 2017.

Abu Bakar dalam keputusannya terhadap rayuan kes itu, turut memerintahkan Ke Ting menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Dalam tragedi berdarah kira-kira jam 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, lapan remaja berbasikal lajak maut, manakala empat parah dan empat lagi turut cedera dirempuh kereta.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.

Seterusnya dalam penghakiman penuh itu lagi, Abu Bakar berkata, responden dalam pembelaannya juga gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan.

Sebaliknya, beliau berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Oleh itu, mahkamah ini mengakaskan (mengetepikan) keputusan Mahkamah Bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah ini selanjutnya memutuskan responden adalah bersalah dan disabitkan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir
November 9, 2023· Isu semasa
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok