Bahang PRU-15 dirasai: Selepas UMNO umum calon PM, SPR buka semakan pemilih

April 15, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2022 (DPT BLN3/2022) yang telah diperakukan semalam (14 April 2022) dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan.

Sama ada kebetulan atau tidak, pengumuman SPR itu menyusul keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang mencadangkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri (PM) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata semakan DPT BLN3/2022 dibuka selama 30 hari mulai hari ini hingga 14 Mei depan.

DPT BLN3/2022 itu mengandungi nama bagi 40,543 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 12,286 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,019 pemilih bertukar status/kategori pengundi.

Untuk semakan, SPR menyediakan lima kaedah iaitu melalui portal suruhanjaya di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

Selain itu, semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mac hingga 31 Mac 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN3/2022.

“Sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN3/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata selain itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Borang C dan Borang D boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN3/2022.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN3/2022, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Persoalan bila PRU-15 akan diadakan semakin hangat dibincangkan, malah keputusan MT UMNO itu mencetuskan spekulasi bahawa langkah tersebut dibuat bagi memastikan Parlimen dibubarkan dengan segera , selepas mengambil kira kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang semakin kukuh ketika ini.

Ia bukan lagi rahsia Zahid dan sekutunya, Datuk Seri Najib Razak yang sedang kesuntukan masa memerlukan PRU diadakan dengan segera sekiranya mahu menyelesaikan semua pertuduhan kes mahkamah yang dihadapi kedua-dua mereka.

Untuk rekod, Najib perlu kembali Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan dan ia merupakan pusingan terakhir untuk merayu sabitan hukuman yang sudah dijatuhkan terhadapnya melibatkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Sekiranya gagal dalam rayuan tersebut, Najib akan meringkuk dalam penjara.

Sementara itu, Zahid juga sudah mengemukakan pembelaannya baru-baru ini dalam perbicaraan rasuah dan salah guna dana Yayasan Akalbudi, selain sedang berdepan beberapa pertuduhan lain di mahkamah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok