Pencarum LTAT boleh keluar wang kerjakan haji, belajar mulai esok

April 14, 2022 · Isu semasa

Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh mengeluarkan caruman bagi tujuan mengerjakan ibadah haji dan melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan mulai esok (15 April), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagi pencarum yang ingin membuat pengeluaran haji, mereka perlu mengemukakan surat pengesahan tawaran mengerjakan haji daripada Lembaga Tabung Haji dan telah mencarum sekurang-kurangnya 15 tahun dengan LTAT serta jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000.

“Pengeluaran untuk tujuan pendidikan pula, pencarum yang mengikuti dan melanjutkan pengajian peringkat Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah di universiti awam tempatan boleh mengeluarkan jumlah maksimum RM3,200 bagi pembayaran yuran pendaftaran pengajian untuk semester pertama.

“Kedua-dua kemudahan ini hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Memetik Bernama, beliau berkata kementerian turut bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Persinggahan Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari RM20 kepada RM50 sehari.

Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengesahkan inisiatif terbaharu Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) yang diberikan kepada penjawat awam akan turut dinikmati anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata dengan kemudahan itu, anggota ATM yang berumur 45 tahun yang akan menamatkan perkhidmatan bakal menikmati FGCR yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

“Anggota terlibat juga dibenarkan menikmati bayaran pendahuluan yang bersamaan dengan 80 hari cuti tanpa perlu menunggu sehingga benar-benar tamat perkhidmatan,” katanya.

Menurut Hishammuddin, beliau juga mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran agar mempercepatkan pengagihan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM350 kepada veteran ATM yang belum menerimanya.

“Ini kerana terdapat ramai veteran ATM yang memberi komen di laman sosial mengadu mereka belum menerima bantuan BKK seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 tahun lepas,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual
October 5, 2023· Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Tarikh peperiksaan universiti bertembung hari pengundian
July 6, 2023· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok