Dos pertama vaksin Covid-19 bagi PICKids ditamatkan selepas 15 Mei

April 13, 2022 · Isu semasa

Dos pertama vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) hanya akan diberikan sehingga 15 Mei ini dan tidak lagi akan ditawarkan selepas tarikh itu

Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tarikh akhir berkenaan ditetapkan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

“Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan pengilang, penetapan tarikh akhir dos satu perlu dibuat.

“Berdasarkan situasi semasa, mesyuarat CITF-C memutuskan 15 Mei 2022 sebagai tarikh akhir pemberian dos 1 vaksin Covid-19 di bawah PICKids.

“Sehubungan itu mulai 16 Mei 2022, KKM tidak lagi menawarkan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak yang telah berusia lima hingga bawah 12 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak bermula awal Februari lalu hingga semalam, seramai 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 195,865 melengkapkan dua dos, dengan purata pemberian dos satu sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari lalu.

Dengan pengumuman itu, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima vaksin Covid-19 perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi sebelum 15 Mei 2022.

Selepas tarikh itu, vaksin kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta, katanya.

Dr Noor Azmi bagaimanapun berkata keputusan itu tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai usia lima tahun pada 15 Mei ini.

“Kanak-kanak dalam kategori ini boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera. Perincian mengenai vaksinasi kumpulan ini akan diperjelaskan dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya mesyuarat CITF-C juga turut bersetuju membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 untuk Kanak-kanak bawah 18 tahun.

Borang baharu itu tidak lagi mempunyai klausa “2. Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jaug lebih baik daripada kesan sampingannya.”

Beliau menjelaskan pengguguran klausa itu bertujuan mengelak kekeliruan dan menzahirkan amalan sedia ada yang mana KKM tidak pernah mengabaikan dan sentiasa bersedia menyediakan bantuan kesihatan yang sewajarnya apabila berlaku kesan sampingan yang berkaitan akibat penerimaan vaksin.

Sehubungan itu, Dr Noor Azmi berkata sebagai persediaan ke arah tarikh akhir dos satu, semua Jabatan Kesihatan Negeri telah memulakan ‘operasi gempur’ di lapangan.

“Ibu bapa yang telah mendaftar anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksin Covid-19,” katanya.

Beliau juga berkata ibu bapa yang belum mendaftar anak mereka untuk vaksinasi boleh berbuat demikian di dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei 2022, supaya temu janji dapat diberikan sebelum tarikh akhir dos pertama.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok