UiTM lapor polis kronologi ‘rahsia’ perlekeh pelajar B40 tular di media sosial

March 31, 2022 · Isu semasa

Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang disediakan universiti itu mengenai insiden pensyarah kontraknya yang dipercayai memperlekeh penuntut B40 tular di media sosial.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata laporan polis itu telah dibuat hari ini bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya, lapor Bernama.

“Sebenarnya saya faham keadaan itu, kita ini hidup dalam zaman media sosial, tetapi pada masa yang sama, kami juga, bukan kata tertakluk, kita ada undang-undang. Ada maklumat rahsia (tidak boleh dikongsi).

“Kalau kata maklumat rahsia, maknanya orang yang menerima laporan itu, tidak kiralah secara dalam talian atau emel, sepatutnya hormatlah. Tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa di luar edaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Minggu Kreativiti Pendidikan 2022 di UiTM Puncak Alam dekat sini, hari ini.

Roziah berkata laporan tiga muka surat itu bertujuan untuk pihaknya melaporkan secara terperinci mengenai perkara yang berlaku selain memberi pemahaman kepada pihak yang tiada di tempat kejadian.

“Kita bukan kongsi (laporan kronologi) tapi kita hantar kepada pihak yang sepatutnya. Saya tidak tahu bagaimana kebocoran itu berlaku, apa pun kita ada polisi dan undang-undang,” katanya.

Tambahnya, pada malam ini, pihaknya akan membawa isu itu ke Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Khas yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Prof Emeritus Dr Ibrahim Abu Shah dan membabitkan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Insya-Allah keputusan dijangka dicapai, kita akan salurkan kepada kementerian (KPT) (keputusan yang dicapai). Apa yang sudah terbocor (laporan kronologi) itulah sebenarnya pilihan yang akan dibentangkan,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba serta meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai emas bagi membeli peralatan itu.

Susulan itu, satu dokumen dalaman UiTM iaitu laporan kronologi siasatan berkenaan kejadian tersebut, turut tersebar.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok