Rentas negeri: Instafamous, suami beri maklumat palsu dipenjara

April 20, 2021 · Isu semasa

Seorang instafamous dan suami yang tular di media sosial kerana merentas negeri untuk berbulan madu, masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini kerana memberi maklumat bertulis palsu kepada polis, bulan lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, di sini pada jam 2 petang, 15 Mac lepas.

Memetik laporan Bernama, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini dan mereka akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut. Pasangan itu membayar denda tersebut.

Pasangan usahawan produk berasaskan inai itu didakwa bersama-sama telah memberi maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Polis Wangsa Maju iaitu ASP Fairul Nizam Anuar semasa membuat permohonan untuk permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri Johor, yang mereka mengetahui bahawa maklumat itu tidak benar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan dibaca bersama-sama Sekyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehinga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pasangan itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda minimum atas alasan mereka adalah penanggung utama keluarga.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Wong berkata tindakan kedua-dua tertuduh memberi contoh yang buruk kepada masyarakat kerana menyalah guna kelonggaran yang diberikan (untuk merentas negeri).

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok