Isu eksport ketum, Kedah serah kepada kerajaan pusat buat keputusan

March 23, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan, sama ada cadangan untuk mengeksport daun ketum diluluskan atau sebaliknya, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata cadangan yang dibuatnya pada 16 Mac lalu, supaya kerajaan Persekutuan membenarkan Kedah mengeksport daun ketum untuk tujuan perubatan ke luar negara, khususnya Thailand itu, baharu diperingkat cadangan dan bukan diluluskan olehnya, menurut laporan Bernama.

“(Apa) yang saya cadangkan sebelum ini, bukan saya lulus…dak…itu baru di peringkat cadangan sahaja, dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) akan sediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada kerajaan Persekutuan.

“Kuasa untuk tentukan sama cadangan itu boleh atau tidak, hanya boleh diputuskan oleh kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri. Tetapi, ini merupakan satu solusi yang kita cadangkan supaya aktiviti penyeludupan daun ketum tidak lagi berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata kertas cadangan yang akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan itu, adalah untuk mengusulkan kaedah pelaksanaan eksport daun ketum ke luar negara.

“Ketum ini bukan baharu ditanam semalam, ia sudah ada di tempat kita sejak sekian lama lagi. Banyak penyeludupan ketum berlaku sebab permintaan tinggi dari negara luar, sehingga menyebabkan agensi-agensi penguatkuasaan negara banyak memberi fokus kepada aktiviti penyeludupan daun ketum ini,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas sesi penggulungan itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga akan mengambil kira cadangan dan pendapat dari semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri, agensi penguatkuasa, pekebun dan mereka yang menanam ketum, dalam penyediaan kertas cadangan berkenaan.

“Tidak salah beri cadangan. Kalau cadangan itu tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan, kita akur dan akan hadapi situasi penyeludupan ini seperti sekarang, dan kalau ada perkara yang hendak digubal, kita boleh tunggu sehingga satu keputusan diberi.

“Tetapi, memang ada kebaikan eksport daun ketum ini daripada ia dibiarkan diseludup dan disalah guna. Sebenarnya, daun ketum itu tidak salah, yang salah apabila orang lain salah guna dengan memproses menjadikan bahan terlarang,” katanya.

Tambahnya, sekiranya cadangan berkenaan diluluskan nanti, akan ada peraturan ketat yang perlu dikuatkuasakan, supaya tidak berlaku ketirisan dalam proses mengeksport daun ketum.

Persidangan DUN Kedah kali ini yang berlangsung selama empat hari mulai Ahad, ditangguhkan hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Bekal air ketum dalam lokap, empat anggota polis berdepan siasatan
November 5, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok