RM7,800 kos ditetapkan bagi pengambilan pekerja Indonesia

March 23, 2022 · Isu semasa

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 dengan RM6,000 kos di pihak Malaysia manakala RM1,800 di pihak Indonesia, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata penetapan kos itu adalah seperti yang dimuktamadkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia, lapor Bernama.

“Untuk makluman, MoU ini telah menetapkan kos (pengambilan pekerja domestik Indonesia) iaitu RM7,800…jadi kalau ada satu caj atau bayaran yang melebihi seperti (kos) ini boleh buat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu kos secara terperinci yang dibayar pemohon kepada ejen pengambilan pekerja domestik Indonesia sebelum wabak COVID-19 dan bilangan agensi yang terlibat dalam pengambilan pekerja migran dari Bangladesh.

Menjawab soalan pengambilan pekerja migran dari Bangladesh, Awang berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Dis 2021 telah bersetuju supaya pengambilan pekerja asing warga Bangladesh adalah menerusi 275 Agensi Pekerjaan Bangladesh.

Bagi mencegah rasuah dan eksploitasi kemasukan pekerja migran ke negara ini, beliau berkata antara langkah yang diambil adalah melalui pewujudan MoU berhubung penggajian pekerja asing dengan pihak negara sumber yang bertujuan memberi perlindungan sewajarnya dari segi hak dan kebajikan pekerja serta menjaga kepentingan majikan.

Selain itu, Awang berkata ia juga bertujuan untuk membanteras sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

“Hanya Agensi Pekerjaan Swasta yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] dibenarkan membantu majikan menguruskan segala urusan penempatan pekerja asing di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Kasthuriraani mengenai langkah-langkah mencegah rasuah dan eksploitasi yang akan diambil kerajaan terhadap sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja migran ke Malaysia.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok