25 kes BID akibat Covid semalam

March 23, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (22 Mac) meningkat sedikit kepada 73 kes berbanding 63 pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan 25 daripada kes kematian itu melibatkan pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak awal 2020 lalu adalah sebanyak 34,535 kes, termasuk 7,269 kes BID.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada 25 kes BID itu turut membabitkan 244,262 pesakit yang sedang menjalani kuarantin di rumah, setelah positif Covid-19 dalam kategori yang tidak memerlukan rawatan intensif.

Data juga menunjukkan Perak mencatat 19 kes kematian semalam, tertinggi berbanding negeri-negeri lain, menjadikan kumulatif sebanyak 1,758 kes.

Data seminggu lalu menunjukkan 35 kes kematian di Perak membabitkan pesakit Covid-19 berusia 80 tahun dan ke atas, diikuti 24 kes (70-79 tahun); 16 kes (60-69 tahun); lapan kes (50-59 tahun); dan 5 kes (40-49 tahun).

Sehingga semalam, negeri itu merekodkan 180,980 kumulatif positif, dengan 166,444 pesakit telah sembuh, dan 12,778 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 12,125 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 38 ditempatkan di PKRC; 590 dimasukkan ke hospital; dan 25 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 1,866,846 atau 74.4 peratus populasi di Perak telah lengkap divaksinasi, 1,979,090 atau 78.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,115,560 atau 59.4 populasi dewasa telah menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain pula, Johor dan Selangor masing-masing mencatat 11 kematian, diikuti sembilan di Kedah; Pulau Pinang (lapan); masing-masing tiga di Kelantan, Melaka, Sabah serta Terengganu; dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perlis serta Sarawak.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 22 Mac 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok