Ahli perniagaan mabuk rempuh polis hingga maut dipenjara, denda

March 18, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kajang hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap seorang ahli perniagaan selepas mengaku memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas K Kalaichelvan, 45, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah atas empat pertuduhan termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Koperal Safwan Mohamad Ismail, 31, di Lebuhraya Kajang-Seremban pada jam 2.10 pagi 3 Mei 2020.

Kalaichelvan turut berdepan pertuduhan tidak mematuhi isyarat diberikan polis yang menghendakinya berhenti sebelum sampai di sekatan itu dan bagi kesalahan ini, dia dihukum penjara enam bulan.

Tertuduh, yang memiliki dua anak, turut dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana memandu tanpa lesen, lapor Bernama.

Bagi pertuduhan ingkar PKP mengikut Seksyen 3(1) Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020, Kalaichelvan dijatuhi hukuman penjara sebulan.

Bagaimanapun, Sayani memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.

Beliau turut menggantung kelayakan Kalaichelvan untuk memegang atau memohon lesen memandu selama lima tahun.

Terdahulu, peguam K. Veeranesh Babu berkata anak guamnya telah insaf dan memohon agar hukuman yang dijatuhkan berjalan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim, yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat ke atas Kalaichelvan.

Beliau berkata Safwan adalah petugas barisan hadapan yang sedang menjalankan tugas semasa pandemik COVID-19 dan insiden itu berlaku ketika tempoh pelaksanaan PKP.

Kalaichelvan turut diwakili peguam Freda Josephine Gonzales. Turut hadir bagi pendakwaan ialah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzan Mohd Nor dan Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok