Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?

April 20, 2021 · Isu semasa

Lukisan mural besar pada dinding sebuah balai seni yang terletak di Kampung Sungai Buloh, Kuala Selangor, menimbulkan kecaman orang ramai, terutama umat Islam.

Apa tidaknya, mural besar itu yang sedang disiapkan untuk satu pameran antarabangsa yang didakwa akan diadakan di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor memaparkan tiga wanita bogel.

Mural besar itu dikatakan mula dilukis beberapa hari lalu dan mendapat perhatian masyarakat sekeliling, walaupun kawasan itu dikatakan dihuni majoriti penduduk Cina.

Penduduk sekitar yang melalui kawasan itu dikatakan terkejut dengan mural berkenaan dan berpendapat penganjur langsung tidak sensitif terhadap masyarakat sekeliling.

Apa lagi ketika ini umat Islam sedang berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi penganjur dan pemilik bangunan itu sedang menutup mural berkenaan dengan kain. Tidak pasti sama ada mural itu dipadam atau diubahsuai.

La maja desnuda atau ‘The Nude Maja’ seperti dinyatakan pada tajuk di atas adalah lukisan kanvas karya Francisco Goya yang menggambarkan seorang wanita bogel berbaring di atas katil. Lukisan itu kini ditempatkan di Muzium Prado di Madrid, Sepanyol.

Untuk makluman, Balai Seni Sasaran Kuala Selangor adalah projek komuniti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dimulakan lebih 10 tahun lalu dan turut dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong di daerah Kuala Selangor.

Ia menempatkan pelbagai bahan dan objek seni yang juga boleh dibeli.

Sehubungan itu penduduk sekitar Kuala Selangor menggesa pihak berkuasa, terutama Majlis Daerah Kuala Selangor mengambil tindakan tegas supaya bulan Ramadan ini tidak dicemari dengan kegiatan ‘seni melampau’.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok