Tanah runtuh: Lebih 200 penduduk kena pindah

March 11, 2022 · Isu semasa

Lebih 200 penduduk melibatkan 48 rumah di Taman Bukit Permai 2, Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka susulan terdapat rekahan tanah yang dikhuatiri menyebabkan pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh itu.

Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad berkata arahan mengosongkan kediaman itu adalah serta-merta bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan kajian terperinci, lapor Bernama.

“Sebanyak 48 rumah di empat lorong diarah untuk dikosongkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

“Kami ada menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ani berkata setakat ini tiada mangsa tinggal di PPS berkenaan kerana ada yang memilih untuk tinggal di rumah saudara, hotel dan inap desa berdekatan.

Namun, katanya PPS berkenaan sentiasa dibuka kepada penduduk yang mahu tinggal sementara di sana.

Ani berkata satu pusat pengurusan bencana daerah melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya MPAJ; Jabatan Kerja Raya; Polis Diraja Malaysia; dan Jabatan Bomba dan Penyelamat diwujudkan bagi merangka strategi lebih teratur dalam mengendalikan kejadian itu.

“Setakat ini kerja-kerja pembersihan tidak boleh dilaksanakan kerana perlu melihat aspek kestabilan cerun berkenaan,” katanya.

Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada 5.54 petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyebabkan 15 rumah serta 10 kenderaan rosak.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
PKR kena mula kempen satu undi PH sama satu undi Zahid, sindir Bersatu Ampang
July 24, 2023· Politik
Kes keluar parti: Zuraida diperintah bayar RM10 juta
June 23, 2023· Politik
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok