Berita ringkas Parlimen 8 Mac 2022

March 8, 2022 · Isu semasa

Buruh paksa: Sime Darby tak langgar undang-undang

Hasil siasatan dan semakan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mendapati tiada pelanggaran undang-undang berkaitan buruh paksa oleh Sime Darby Plantations Berhad, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri M. Saravanan berkata bagaimanapun, terdapat kesalahan dikesan di bawah Seksyen 13(2) Akta Pampasan Pekerja 1952 iaitu gagal melaporkan kemalangan pekerja asing di Pejabat Tenaga Kerja dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kemalangan, lapor Bernama.

Berkenaan Perintah Tahan Pelepasan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) berikutan wujudnya dakwaan amalan buruh paksa dalam operasi pengeluaran industri kelapa sawit, beliau berkata inisiatif diambil iaitu pemeriksaan ke atas syarikat didakwa dan penguatkuasaan polis dan imigresen bagi kesalahan eskploitasi lain seperti pemerdagangan orang.

RM10 juta peruntukan Kampung Baru Cina

Kementerian Perpaduan Negara telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk Kampung Baru Cina di bawah Skim Pinjaman Penduduk Kampung Baru Cina bagi kerja baik pulih kediaman terjejas dalam kebakaran bagi tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata penduduk Kampung Baru boleh membuat permohonan baik pulih atau naik taraf rumah di bawah skim pinjaman itu melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM100,000 dan kadar faedah empat peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH-Raub) mengenai cadangan kerajaan dalam melaksanakan program dana pinjaman kepada penduduk Kampung Baru, bagi mengelakkan kejadian kebakaran.

Tiada waktu harga barang stabil

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata sehingga kini tiada satu tarikh ditetapkan untuk menentukan bilakah harga barangan akan stabil, kerana harga barang dalam pasaran bergantung kepada tawaran dan pembekalan.

“Berkaitan dengan aduan, kementerian menerima 29 aduan mengenai kenaikan harga telur dan 507 aduan mengenai kenaikan harga minyak masak hingga 21 Jan lepas,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu bilakah harga barang akan stabil mengikut kajian kementerian dan berapakah aduan kenaikan harga barangan di pasaran setakat ini.

Korporat sumbang dana sukan lebih RM700 juta

Sumbangan dana sukan daripada pihak korporat melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dari 2013 hingga tahun lepas adalah sebanyak RM729,810,494.69, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata insentif pengecualian cukai telah diperkenalkan menerusi MSN bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan sukan negara.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) yang mahu kementeriannya menyatakan jumlah sumbangan dana sukan pihak swasta yang telah mendapat pengecualian cukai setiap tahun dari 2013 hingga 2021.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok