Ramai sambut Najib sebab nak tengok muka perompak dengan dekat

March 3, 2022 · Politik

Orang ramai mungkin mahu melihat wajah seorang perompak dengan dekat menyebabkan Datuk Seri Najib Razak sering mendapat sambutan ketika turun berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia suatu perkara yang biasa apabila Najib sering dikerumuni orang ramai kerana mereka mahu melihat sendiri seorang perompak yang sudah dijatuhkan hukuman kerana mencuri duit rakyat puluhan juta.

“Biasalah orang yang datang itu mereka tengok muka siapa (pemimpin itu) ada yang suka datang ada yang tak suka pun datang, mereka nak tengok betul ke dia (Najib) ini ‘perompak’, betul ke dia (Najib) ini yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Jangan kita andaikan kerana ramai datang itu mereka suka (Najib), mereka mungkin nak tengok muka sebenar adakah ini orangnya yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta yang terbabit dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Orang ini juga telah berulang alik naik ke mahkamah, kes belum selesai, orang ini juga yang disabitkan apa yang dilakukan di mahkamah di Amerika Syarikat dan sedang dibicarakan,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri majlis ikrar Aku Janji menentang rasuah semua 56 calon PN dalam PRN Johor.

Sebelum ini Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang Tony Pua yang mahu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat semasa membahaskan Titah Diraja semalam, Muhyiddin berkata itu adalah hak wakil rakyat tersebut.

“Itu hak wakil rakyat bawa ke Parlimen ini kepentingan umum, sama ada Speaker terima atau tidak itu hak Speaker, tapi kenyataan dibuat (Najib) satu kenyataan mengelirukan, jadi sebagai wakil rakyat ada hak untuk bangkit perkara itu di Parlimen,” katanya.

Semalam Najib berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
4 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
22 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok