Zahid was-was data Covid-19 KKM

April 18, 2021 · Isu semasa

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seakan was-was dengan kesahihan angka jangkitan Covid-19 yang diumumkan setiap hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam kenyataan hari ini yang seolah-olah cuba menunjukkan kesalahan kerajaan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah, mempersoalkan kebenaran laporan KKM itu.

“Laporan kes harian Covid-19 ketika ini dilihat mencanak-canak naiknya ibarat bedilan roket membelah angkasa. Saya tertanya-tanya mengenai kebenaran dan kesahihan angka yang dilaporkan KKM? Dari mana datangnya data berkaitan statistik itu?

“Adakah data itu benar dan siapa yang mengesahkan angka kes itu benar? Benarkah atau tidak benar? Bukan apa rakyat begitu bimbang menyaksikan laporan harian Covid-19 yang meningkat secara tiba-tiba,” kataya.

Pada masa sama Zahid mempersoalkan angka dan statistik kes Covid-19 yang meningkat itu mungkin sengaja diada-adakan untuk mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat.

“Kita melihat kes sudah mencecah lebih 2,000 sehari. Adakah akan dibiarkan sehingga 5,000 hingga 6,000 kes sehari? Atau juga tiada kes tetapi diberitahu jumlahnya tinggi sekaligus menggusarkan orang ramai? Saya hanya bertanya dan tidak sesekali menuduh.

“Al-maklumlah Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi manakala Proklamasi Darurat hanya berbaki empat bulan. Mungkin juga akan dijadikan modal untuk memanjangkan tempoh darurat. Biasalah…,” katanya.

Zahid juga menyindir kerajaan mengenai ‘duit raya’ untuk kakitangan kerajaan dan program Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 13 April lalu.

“Saya terlupa. Bonus untuk penjawat (awam) menjelang Aidilfitri belum diumumkan lagi. Adakah akan dikira sebagai wakaf juga?,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok