Jangan bawa anak ke bazar Ramadan

April 18, 2021 · Isu semasa

Penganjur bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan diarah menasihati ibu bapa yang membawa kanak-kanak, terutama bayi, supaya tidak masuk ke tapak jualan berikutan risiko penyebaran virus Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa masih ada ibu bapa yang membawa anak kecil ke bazar Ramadan serta pusat beli-belah.

“Prosedur operasi standard (SOP) kita termasuklah tidak membawa kanak-kanak ke tempat yang sesak… ini termasuk bazar Ramadan.

“Jawatankuasa penganjur bazar Ramadan kena tunggu di pintu masuk tapak dan menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP,” katanya kepada pemberita ketika melawat bazar Ramadan Datuk Keramat di ibu kota, petang Ahad.

Menjawab soalan, Annuar sependapat dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba bahawa bazar Ramadan akan ditutup jika berlaku wabak bazar Ramadan.

“Tapi itu adalah pilihan terakhir sekali… dan kita akan rujuk kepada siasatan Kementerian Kesihatan. Saya berharap tidak ada kes Kluster Ramadan.. itu harapan kita…

“Kita ambil nasihat daripada pihak yang profesional dalam bidang itu.. biasanya Kementerian Kesihatan lah yang akan membuat penilaian.. dan kita akan patuh kepada apa yang pihak mereka sarankan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pengusaha yang gerai mereka mendapat sambutan menggalakan supaya memastikan orang rmaai beratur mengikut SOP ditetapkan.

“Tapi ada gerai yang terlajak laris… jadi saya minta pihak berkaitan memperbaiki tahap kepatuhan pelanggan mereka. Saya juga nampak masih beratur tanpa penjarakan sosial… Satu daripada syor yang boleh dicadangkan ialah kedai yang terlajak laris ini mengeluarkan nombor.

“Pelanggan boleh tunggu di luar khemah, orang yang nak membeli masing-masing ambil nombor dan beratur. Selesai membeli, yang lain pula beratur mengikut giliran. Jika tidak dia akan beratur secara bersesak-sesak,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
June 12, 2023· Isu semasa
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok