Terlalu panik jejaskan kesihatan mental

February 22, 2022 · Isu semasa

Serangan panik ialah perasaan panik, ketakutan yang kuat dan keresahan yang berlaku secara tiba-tiba. Serangan panik boleh ditangani atau dikawal.

Setiap orang mungkin akan mengalami serangan panik dalam situasi yang berbeza-beza. Misalnya, kemungkinan ada yang panik apabila aplikasi My Sejahtera memaklumkan dia menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 atau panik apabila melihat kes Covid-19 semakin meningkat.

Lazimnya serangan panik akan menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran bernafas, berpeluh dengan banyak, menggigil atau menggeletar dan jantung berdenyut kencang. Serangan panik juga menyebabkan anda berasa seperti terkena serangan jantung atau rasa seperti hendak pengsan atau mati.

Profesor Dr. Muhaya Mohamad menjelaskan, kebimbangan yang melampau boleh menjejaskan kesihatan mental dan menganggu aktiviti harian.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan masalah tersebut kerana kerajaan sudah melakukan persiapan untuk memantau hal ini.

“Seharusnya orang ramai mengambil iktibar perkara ini. Bukan terlalu memikirkan pencegahan yang perlu diambil tetapi perlu juga persediaan mental. Misalnya, kita melihat ada yang kehilangan ahli keluarga mereka. Kita perlu menghargai ahli keluarga bermula dari sekarang. Dalam hal ini, kita menyaksikan kerajaan berusaha untuk memantau keadaan dan akan memberi maklumat dari semasa ke semasa,” katanya yang sering diundang untuk memberi motivasi di televisyen dan radio.

Dalam pada itu, setiap individu boleh mendapatkan panduan yang tepat berkaitan isu semasa untuk mengurangkan kebimbangan.

Dr. Muhaya turut menasihatkan orang ramai tidak mengabaikan urusan harian termasuk rutin penjagaan kesihatan yang biasa dilakukan semata-mata takutkan wabak ini.

“Selagi belum ada maklumat yang tepat, masyarakat tidak perlu terlalu panik dan bimbang sehingga menjejaskan kesihatan mental,” ujarnya.

Kesejahteraan mental , kestabilan emosi, kemantapan sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal, serta perhubungan sosial yang positif amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang benar-benar sihat.

Fenomena ini secara logiknya adalah sejajar dengan definisi kesihatan seperti mana yang dinyatakan oleh World Health Organization atau WHO, iaitu health is a state of complete physical, mental and social well being and not merely the absence of disease or infirmity.

Definisi ini sebenarnya memberitahu kepada kita bahawa untuk menjadi seorang individu sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental memerlukan kita memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri sendiri serta orang lain dalam perhubungan di samping memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran kita.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok