Zii Jia tumbangkan juara dunia

February 16, 2022 · Isu semasa

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah menumbangkan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada aksi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, petang ini.

Dengan menampilkan aura tersendiri, Zii Jia mudah menundukkan Kean Yew dengan kemenangan straight set 21-6, 21-14 pada aksi sulungnya setelah bergerak secara profesional.

Penampilan itu adalah yang pertama membabitkan Malaysia – Singapura dalam aksi Kumpulan B BATC 2022 membolehkan skuad negara mendahului 1-0.

Kali terakhir membabitkan pertemuan antara kedua-dua pemain menyaksikan Kean Yew yang berasal dari Pulau Pinang menang selepas Zii Jia menarik diri akibat kecederaan ketika final Terbuka Hylo di Jerman, November lalu.

Kemenangan hari ini juga membolehkan Zii Jia yang berada di kedudukan ranking nombor tujuh dunia menyamakan kedudukan rekod pertemuan menjadikan 2-2 dengan Kean Yew.

Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok