Gelombang ketiga Covid-19 masih belum turun: Dr Adham

April 17, 2021 · Isu semasa

Gelombang ketiga penularan Covid-19 yang sedang dialami negara ketika masih belum belum menunjukkan penurunan kes dan ini sangat membimbangkan, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Kesihatan itu berkata penularan Covid-19 ketika ini belum masuk gelombang keempat memandangkan fasa gelombang ketiga sebenarnya pun masih belum dapat diturunkan.

“Saya dapati sejak tiga minggu kebelakangan ini kes yang kita rekodkan (dalam gelombang ketiga) tidak menurun.

“Gelombang keempat COVID-19 hanya boleh berlaku sekiranya gelombang ketiga telah sampai (dapat diturunkan) ke ‘baseline’ atau direkodkan hingga sifar dan kemudian ia (penularan) bermula semula,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Dr Adham berkata Malaysia boleh mengalami gelombang keempat COVID-19 sekiranya berlaku kemerosotan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai sehingga wujud kluster baharu.

“Antara faktor menyebabkan kes meningkat ketika ini, kita lihat terdapat aktiviti pada awal April lepas seperti majlis perkahwinan, perjumpaan, keramaian termasuk mobilisasi menghantar anak pulang merentas negeri, antaranya ke sekolah dan universiti,” katanya.

Semalam, negara merekodkan kes baharu harian sebanyak 2,551 kes.

Malaysia mengalami gelombang ketiga COVID-19 pada September tahun lepas dengan kes harian meningkat kepada empat angka bermula 24 Okt, iaitu sebanyak 1,228 kes.

Sementara itu, ketika mengulas kebimbangan peningkatan kes susulan kegagalan pematuhan SOP di bazar Ramadan, Dr Adham berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diberi kuasa untuk mengenakan kompaun kepada yang melanggar SOP.

“Saya harap kompaun ini bukan menghukum tetapi mendidik orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan itu kerana kita tahu bazar Ramadan ialah punca pendapatan peniaga kecil. Mereka sudah lama tidak dapat berniaga, jika kita sekat ia akan menyebabkan ekonomi (mereka) terkesan,” katanya yang mahu pemantauan di bazar Ramadan ditingkatkan.

Pada masa sama, Dr Adham menggesa orang ramai berganding bahu melindungi diri dan masyarakat selain memperkasa komuniti menerusi ABC-19 (ejen basmi COVID-19) yang merupakan inisiatif terkini kerajaan dalam memastikan masyarakat terhindar daripada jangkitan virus itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok