MAHB catat penyusutan trafik penumpang 76.8 peratus

April 16, 2021 · Isu semasa

Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan pengenaan semula Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 13 Januari 2021 di Malaysia.

Memetik laporan Bernama, MAHB bagaimanapun berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) terus menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur dalam trafik terutamanya dalam sektor domestik berikutan pelancaran vaksin Turki mulai Januari 2021.

”Sektor domestik dan antarabangsa masing-masing merosot 68 peratus dan 87.3 peratus pada suku pertama 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan 1.5 juta dan 4.4 juta pergerakan penumpang.

“Pada asas dua belas bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan 23.4 juta trafik penumpang, pengurangan sebanyak 82.5 peratus dalam tempoh yang sama sebelumnya,” katanya dalam ‘Passenger Traffic Snapshot Mac 2021’ kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pergerakan penumpang Malaysia berkurangan sebanyak 91 peratus manakala SGIA menguncup 40 peratus berbanding suku pertama 2020.

“Trafik penumpang Mac 2021 bagi rangkaian lapangan terbang MAHB susut 53.4 peratus kepada 2.2 juta penumpang. Sektor domestik serta antarabangsa masing-masing merosot 45.3 peratus dan 67.8 peratus.

”Pergerakan penumpang Malaysia berkurangan sebanyak 82.1 peratus pada Mac 2021. Pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menurun 75.9 peratus dan 91.9 peratus,” katanya.

Berita berkaitan
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?
July 15, 2023· Isu semasa
Wanita China ‘diselamatkan’ menteri di KLIA belum balik?
July 11, 2023· Isu semasa
Isu kekecohan menteri di KLIA tak perlu disensasikan: Azam
July 8, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok