UMNO kena selesai masalah baharu PAS sedia bincang kerusi

April 16, 2021 · Politik

Rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan UMNO ditangguhkan, bukan dihentikan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, sementara UMNO sedang berusaha menyelesaikan masalah dalaman parti itu, PAS sekarang ini hanya membincangkan perkara berkenaan dengan Bersatu.

“Rundingan kerusi masih peringkat awal… dengan UMNO kita masih ada hubungan… cuma UMNO dia masih ada masalah lagi… biar dia selesai masalah dia dulu… jadi kita selesai dengan Bersatu dulu lah…

“Dengan UMNO tangguh bukan hentikan terus… tangguh sebab UMNO tak selesai lagi masalah dia… orang pun dia tukar-tukar… lepas orang ni orang ni pula… jadi tak tetap… jadi kita tunggu… kita ambil peluang dengan Bersatu dulu,” katanya hari ini.

Abdul Hadi berkata, UMNO perlu mempunyai hala tuju jelas dan menyelesaikan kemelut dalamannya terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai pembahagian kerusi PRU15 diteruskan.

Menjawab soalan penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Bersatu dan PAS akan menjejaskan perpaduan Melayu, Hadi berkata, UMNO tidak sebulat suara menolak kerjasama dengan Bersatu dan PAS.

“Menteri-menteri UMNO tidak meletak jawatan. Ahli Majlis Tertinggi dia (UMNO) tidak sepakat. Perhimpunan Agung dia pun tak mengundi,” katanya.

Beliau juga menegaskan Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan bahawa parti itu dibenarkan bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya parti politik Melayu dan Islam.

“Parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem pun kita boleh bekerjasama. Namun (parti) Melayu yang liberal kita tolak,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok