Kluster baharu Covid-19 yang aktif hampir cecah 300

January 27, 2022 · Isu semasa

Terdapat peningkatan kluster baharu jangkitan Covid-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini yang hampir mencecah 300 kluster.

Menurut KKM, kluster baharu kini sebanyak 274 yang masih, ia meningkat berbanding hanya 259 kluster semalam yang dikesan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 22 kluster baharu berbanding semalam, 21 kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,371 kluster.

“Sebanyak 274 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 259 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,097 kluster berbanding semalam, 6,090 kluster,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu 12 kes berbanding semalam, 16 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,930 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), dua kes daripada 12 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,434 kes.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit penurunan iaitu 70 kes berbanding semalam, 72 kes.

Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan penurunan, 124 kes berbanding semalam, 129 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok