PRN Johor: PKR dan Amanah bolot kerusi paling banyak, sama seperti di Melaka

January 27, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi setiap parti komponennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada Isnin lepas gabungan itu memutuskan Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing akan bertanding 20 kerusi manakala DAP 16 kerusi, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun katanya senarai calon masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan pada masa ini.

“Namun dalam masa sama, kita juga masih membuka ruang perbincangan bersama mana-mana parti lain sekiranya mereka mahu menjalin kerjasama bersama PH dalam PRN Johor ini.

“Jika dengan penyertaan mereka boleh meningkatkan lagi peluang kemenangan kepada PH, ketiga-tiga pucuk pimpinan parti akan mengadakan perbincangan secara bersama,” katanya kepada pemberita di Permas Jaya.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata perbincangan berhubung kerjasama dengan parti-parti lain seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih berjalan dan keputusan perbincangan akan diketahui dalam masa sehari dua ini.

Sementara itu, Aminolhuda berkata senarai calon parti itu yang akan bertanding telahpun siap dan hanya menunggu pengesahan daripada kepimpinan pusat.

Katanya daripada 20 kerusi yang diperuntukkan kepada Amanah, 14 daripadanya akan ditandingi calon muka baharu yang sebahagiannya adalah calon muda.

Berhubung keputusan Majlis Presiden PH membenarkan PKR menggunakan logo sendiri pada PRN Johor, Mohamad berkata ia tidak akan mengelirukan pengundi kerana logo PKR dan logo PH sudah sinonim kepada pengundi di negeri itu.

“Jadi bagi saya tiada masalah membenarkan PKR menggunakan logo mereka sendiri dalam mewakili PH di kawasan ditandingi calon mereka,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Rundingan kerusi PH dengan UMNO-BN belum selesai, jangka minggu depan
June 30, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok