Satu lagi kes Najib pecah amanah RM6.6 bilion didengar 1 Mac

January 27, 2022 · Isu semasa

Pengurusan kes satu lagi kes berprofil tinggi yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia akan didengar pada 1 Mac depan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh itu hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berdepan  enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim berkata Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh tersebut untuk kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan kes pecah amanah serta kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan audit membabitkan bekas perdana menteri itu.

“Pihak pendakwaan memohon tarikh baharu untuk pengurusan kes berikutan kes 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib masih berlangsung di peringkat pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-12 iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir dengan saksi-saksi serta keterangan yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes pecah amanah itu adalah sama dengan kes 1MDB,” katanya.

Peguam Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib turut mengesahkan perkara itu.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes pecah amanah itu. Najib dan Mohd Irwan Serigar yang memakai sut lengkap, hadir pada prosiding hari ini.

Pada 9 Oktober 2020, Hakim Muhammad Jamil menetapkan perbicaraan kes pecah amanah itu selama 32 hari pada setiap hari kecuali Jumaat sekitar September dan Oktober 2021, namun dilapangkan bagi memberi laluan kepada dua kes berkaitan 1MDB membabitkan Najib.

Tarikh baharu perbicaraan kes pecah amanah itu belum ditetapkan.

Pada 25 Oktober 2018, Najib, 68, dan Mohd Irwan Serigar, 64, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok