Sejak 23 Jan, sudah sebanyak 162 kes varian Omicron dikesan

January 25, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 162 kes baharu varian Omicron dikesan sejak 23 Jan lepas hingga hari ini oleh pelbagai institusi kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 89 kes, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM) mengesan 71 kes manakala dua kes dikesan Institut Genom dan Vaksin Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian yang dibimbangi (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 7,056 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut laporan Bernama.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat 6,188 kes varian Delta, 601 (Omicron), 233 (Beta) dan 14 (Alpha).

Menurutnya bagi kes VOI pula, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

Mengenai kes baharu Covid-19, Dr Noor Hisham berkata 4,066 kes dicatatkan hari ini dengan 50 kes (1.2 peratus) daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,016 kes (98.8 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada 4,066 kes itu, 442 adalah kes import dan 3,624 pula adalah kes tempatan dengan 131 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 65 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata 13 kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif adalah 244 manakala kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) Malaysia semalam pula adalah 1.09.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok