Jawatankuasa Tamat Darurat mohon kali kedua mengadap Agong

April 16, 2021 · Isu semasa

Selepas tidak dilayan permohonan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini, Jawatankuasa Tamat Darurat masih berdegil dan memohon kali kedua kepada pihak Istana Negara untuk menyerah petisyen dan rayuan mereka.

Pengerusinya, Khalid Samad berkata surat permohonan pertama dihantar pada 26 Mac lalu bagaimanapun tidak menerima maklum balas dari pihak Istana Negara yang tidak memberi perkenan untuk mengadap bagi menyerahkan petisyen dan rayuan mereka.

“Untuk pengetahuan semua, saya dan Jawatankuasa Tamat Darurat telah menghantar surat kepada Istana Negara pada 26 Mac 2021 untuk memohon perkenan Baginda bagi menyerahkan rayuan itu.

“Ketika itu kami memohon tarikh 9 April 2021 atau lain-lain tarikh yang sesuai untuk menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan petisyen dan rayuan itu.

“Namun sehingga kini, kami belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata ekoran tidak menerima maklum balas tersebut, mereka akan ke Istana Negara sekali lagi pada 20 April ini untuk menyerahkan surat permohonan kepada pihak Istana.

“Sehubungan itu, kami akan ke Istana Negara sekali lagi pada 20 April 2021 bagi menghantar surat permohonan untuk memohon menghadap buat kali kedua,” katanya.

Kali ini, Khalid juga menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk bersama-sama ke Istana Negara.

Kumpulan tersebut ingin menyerah petisyen dan rayuan untuk mendesak Agong supaya menamatkan darurat atas alasan ia merosakkan ekonomi dan tidak diperlukan untuk melawan Covid-19.

Pada 12 Jan lalu, Sultan Abdullah berkenan mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gelaja wabak Covid-19.

Baginda juga semasa perutusan sempena bulan Ramadan baru-baru ini juga menggesa supaya semua pihak berhenti berpolitik dan memberi fokus untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik yang melanda negara.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Popular
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok