Anwar gagal satukan parti pembangkang, UMNO bakal menang besar PRN Johor

January 25, 2022 · Politik

Parti pembangkang yang gagal bersatu untuk duduk dibawah satu khemah besar kerana enggan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka akan memberi kemenangan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Untuk rekod, beberapa parti pembangkang diluar gabungan Pakatan Harapan (PH) seperti Warisan dan Pejuang sudah menyatakan akan masuk bertanding dalam PRN Johor, ia sekaligus bakal menyaksikan pertembungan banyak penjuru.

Penganalisis melihat senario sama di Melaka akan berulang pada PRN Johor, parti pembangkang tidak bersatu dan bertolak ansur satu sama lain kerana kegagalan Anwar yang dilihat bukan ikon yang layak untuk diangkat sebagai ketua mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, pertembungan lebih tiga penjuru hampir keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pasti berlaku seperti PRN Melaka.

“Jika ditambah dengan penglibatan calon Bebas, PRN ini akan bertambah meriah untuk memberikan tawaran kepada pengundi di Johor dalam membuat pilihan mereka,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Hisomuddin memberitahu, pihaknya menjangkakan BN punyai kelebihan untuk meraih kemenangan besar sekiranya wujud pertembungan banyak penjuru di samping faktor peratusan pengundi rendah dan kempen terlalu ketat.

Katanya lagi, dijangka rekahan berlaku pada undi diperoleh PH kerana parti-parti baharu seperti Perikatan Nasional (PN), Warisan ataupun Muda akan mencuri sebahagian besar undi mereka dahulu.

Jelas beliau, hal ini kerana parti baharu berkenaan akan menumpukan sasaran di kerusi kawasan bandar dan separa bandar yang dahulunya didominasi oleh PH iaitu diwakili PKR, DAP dan Amanah.

“Cabaran kepada BN hanya akan berlaku oleh PN dan juga sedikit daripada Pejuang.

“Berdasarkan keadaan sekarang, BN berada di posisi ‘upper hand’ dan dengan rasional di atas jugalah, mereka berani membubarkan DUN Johor bagi mengadakan satu PRN bagi mengabsahkan kuasa mereka dengan lebih jelas dan stabil dalam PRN kali ini,” jelasnya lagi.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Pada hari sama, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Minggu lalu, Hasni memberi jaminan sistem penyampaian kerajaan negeri tidak akan terganggu sekiranya PRN diadakan di negeri itu dan jentera kerajaan akan terus berfungsi sepanjang tempoh berkenaan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok