Dah alang-alang, bubar sahaja Parlimen adakan PRU-15: Armada Johor

January 24, 2022 · Politik

Alang-alang UMNO mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Johor, lebih baik sahaja Parlimen juga dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya umum (PRU-15) diadakan juga, kata Armada Johor.

Ketua Armada Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata UMNO terlalu tamak kuasa dan rakus sehingga lupa daratan, jadi memandangkan UMNO mahu PRN diadakan adalah lebih baik juga PRU diadakan serentak tanpa perlu menunggu lebih lama.

“Sejujurnya tindakan UMNO Johor membubarkan DUN Johor ini satu tindakan yang rakus, tamak dengan kuasa semata. Mereka lupa Negeri Johor ditadbir bersama rakan PN seblum ini.

“Jika inilah sikap UMNO, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Alang-alang sudah PRN, baik PRU-15 sahaja! Kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan, kita tengok, lawan tetap lawan, lawan sampai habis,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook beliau hari ini.

Katanya, UMNO dilihat lupa apabila mereka mentadbir kerajaan negeri Johor bersama rakan Perikatan Nasional (PN).

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor pada Sabtu.

PRN Johor terpaksa diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan hanya menguasai 28 DUN manakala Pakatan Harapan pula 27 kerusi daripada 56 DUN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?
October 19, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok