Dr Mahathir mula berinteraksi

January 23, 2022 · Isu semasa

Tahap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik setelah mula berinteraksi dengan ahli keluarga hari ini, kata anaknya Datin Paduka Marina dalam kenyataan sebentar tadi.

“Tun Dr Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan beliau,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di dalam dan luar negara kerana mendoakan kesihatan Dr Mahathir selain menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin.

“Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di dalam dan luar negara yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin, dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Run Dr Mahathir cepat sembuh,” katanya.

Beliau juga berharap orang ramai tidak mempedulikan khabar angin yang disebarkan daripada sumber yang tidak sahih berhubung kesihatan Dr Mahathir.

“Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebar oleh sumber-sumber yang tidak sahih.

“Pihak IJN dan keluarga Tun Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ini kali kedua Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam bulan ini selepas 7 Januari lalu apabila beliau menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember lalu, beliau turut dimasukkan ke pusat sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok