Iklan GDBET333 cabar undang-undang, kemuliaan Ramadan

April 16, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menerbit dan menyiarkan iklan judi ditampilkan dengan lagu sempena Aidilfitri.

Gesaan dibuat Anggota Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari susulan tersebarnya iklan GDBET333 dalam media sosial, khususnya laman Facebook.

“Tanpa sebarang syak, iklan GDBET333 itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan,” katanya menerusi kenyataan lewat malam tadi.

Beliau menegaskan kerajaan melalui SKMM perlu bertindak segera menghalang iklan seperti itu daripada berleluasa di media sosial.

“Iklan itu wajib ditarik balik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili,” katanya.

Dalam iklan itu, syarikat perjudian terbabit menampilkan lagu popular sempena Aidilfitri yang bakal tiba dan mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka bagi meraih wang berganda.

Iklan dikatakan dimuat naik di YouTube hampir seminggu.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok