‘Roket makin karat, reput di dalam’

January 21, 2022 · Politik

PAS Selangor menempelak DAP yang hanya kelihatan begitu kuat di luar sebaliknya keadaan di dalam parti itu semakin parah dan hilang kepercayaan rakyat, khususnya setelah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak, baru-baru ini.

Setiausaha PAS Negeri Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata DAP mengambil apa sahaja peluang untuk dipolitikkan, termasuk isu banjir yang menjadi tajuk perbincangan pada sidang khas Parlimen semalam.

Sidang khas itu diadakan bertujuan membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir, pascabanjir, penyelarasan bantuan kepada mangsa dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang, khususnya DAP mengambil kesempatan mendesak isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, turut dibincangkan, tetapi ditolak oleh Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Mengulas lanjut, Roslan berkata ketika sidang khas itu, Ahli Parlimen DAP dan Pakatan Harapan (PH) dengan ‘bengis’ menyerang dan mengganggu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Apa sahaja peluang yang terbentang akan mereka curi untuk dipolitikkan. Seakan gagah dan hebat mereka ini.

“Rupa-rupanya kebengisan mereka itu untuk menyorok porak-peranda dalaman yang kronik melanda parti mereka,” katanya mengulas tindakan beberapa veteran dan wakil rakyat parti itu yang mengisytiharkan keluar daripada DAP.

Sebelum ini bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Danny Law keluar daripada parti itu setelah 35 tahun berada dalam DAP untuk mencari hala tuju baharu.

“Apakah DAP sudah tiada hala tuju? Terkini di Sabah dua ADUN, Justin Wong dan Calvin Chong serta seorang bekas Senator Adrian Lasimbang bertindak keluar parti atas alasan hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan,” katanya.

Roslan berkata mereka mendakwa DAP juga hilang arah tuju perjuangan dan dilanda krisis kepemimpinan yang serius.

“Dengan tindakan mereka itu DAP cuma tinggal 4 wakil di DUN Sabah. Setelah kalah teruk di Melaka dan Sarawak kini kekuatannya di Sabah pula mula terhakis.

“Adakah DAP sedang menuju usia tuanya dan bakal tersembam menyembah bumi? Di Parlimen mereka garang dan ganas, rupanya roket semakin parah karat dan sedang hancur reput di dalam,” kata Roslan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok