Najib sentap dikritik berpakaian Hindu semasa melawat sambutan Thaipusam

January 20, 2022 · Isu semasa

Selepas dikritik tokoh agama susulan lawatannya ke sambutan Thaipusam di Batu Caves pada Selasa baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakannya tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu yang berpakaian tradisional masyarakat Hindu semasa lawatan ke Batu Caves mempersoal dakwaan pihak tertentu yang mempertikaikan kunjungannya tersebut.

Najib berkata mengapa pemimpin lain boleh melakukan kunjungan dan perkara sama tetapi tidak bagi beliau.

“Saya difahamkan bahawa sedang ada usaha dari pihak sebelah sana untuk kecam saya dengan propaganda sentimen agama berhubung pakaian saya semasa kunjungan ke sambutan Thaipusam di Batu Caves dua hari lalu.

“Tetapi saya tak faham kenapa orang lain boleh, tetapi Najib tak boleh pula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik imej beberapa pemimpin lain termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggayakan pakaian dipercayai sempena sambutan Thaipusam.

Semalam, media melaporkan, anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis mengingatkan orang ramai mengenai perlunya seseorang Muslim mengehadkan dirinya dalam pembabitan sambutan agama lain.

Menurut Kamilin Jamilin, seseorang Muslim tidak seharusnya menyambut perayaan agama bukan Islam atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti meraikan hari simbolik agama lain.

Kata Kamilin, Islam melarang seseorang Muslim berkunjung ke rumah ibadat agama lain pada hari perayaan mereka walaupun atas alasan untuk perpaduan.

“Begitu juga tidak seharusnya seorang Muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
MB Selangor dikecam depan-depan penduduk isu masalah selenggara pangsapuri
August 6, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok