17 kluster baharu dikesan hari ini

January 18, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 17 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi – jumlah tertinggi dilaporkan sejak 1 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah terkumpul kluster Covid-19 sejak awal 2020 lalu hingga hari ini sebanyak 6,235 dengan 6,047 kluster telah ditamatkan dan 188 lagi masih aktif.

Bagaimanapun, negeri, kategori dan jumlah kes yang melibatkan 17 kluster itu akan dimaklumkan menerusi laman sesawang KKM, Covidnow selepas tengah malam ini.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 274 lagi kes import dikesan dalam tempoh itu hari ini, menjadikan keseluruhannya 13,706 kes.

Berdasarkan statistik yang dikongsi beliau hari ini, daripada jumlah kes import baharu itu seramai 187 melibatkan warga tempatan dan 87 lagi rakyat asing.

Sebanyak 2,971 kes lagi adalah penularan tempatan yang turut membabitkan 89 rakyat asing, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Seramai 183 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya sambil menambah seramai 3,093 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 2,741,355 atau 97.4 peratus daripada 2,813,934 kumulatif kes positif.

Mengenai banjir, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 3 petang 18 Januari 2022, pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang berada di Segamat, Johor telah ditutup dan semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, bilik gerakan banjir di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah ditutup secara berperingkat bermula dengan Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Melaka, Sarawak, dan Johor.

“Bilik gerakan banjir di JKN Johor telah ditutup pada jam 12.01 pagi, 16 Januari 2022. Ini menjadikan semua bilik gerakan banjir JKN yang terlibat banjir telah ditutup.

“Tiada kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan sepanjang kejadian banjir adalah kekal sebanyak 471 kes,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok