Polis serbu kilang proses dadah, rampas ketamin RM111.2 juta

January 16, 2022 · Isu semasa

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mencatatkan rampasan ketamin terbesar yang pertama tahun ini susulan dua tan dadah tersebut yang dianggar bernilai RM111.2 juta dirampas di sebuah kilang di kawasan perindustrian di Pusing, dekat Batu Gajah, Perak.

Pengarah JSJN Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan di premis yang dijadikan makmal memproses dadah itu dilakukan pihaknya bersama JSJN Perak bermula jam 1.30 tengah hari Khamis hingga 5.45 pagi Jumaat.

“Dalam serbuan itu, kita menahan tiga lelaki berusia lingkungan 28 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dengan sindiket memproses dan mengedar ketamin bagi pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Beliau berkata selain ketamin itu, pihaknya turut merampas sejumlah bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah, lapor Bernama.

Katanya jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh seramai 6.7 juta penagih dan siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai mula aktif sejak pertengahan tahun lepas.

“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan kilang di kawasan perindustrian sebagai makmal untuk memproses dadah bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Ayob Khan berkata pihaknya turut menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai kira-kira RM201,307.50 membabitkan enam kenderaan, barangan kemas dan wang tunai.

Menurutnya saringan awal air kencing mendapati dua daripada lelaki tersebut positif ketamin selain mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

Kesemua mereka direman hingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket tersebut iaitu Azrul Safuan Mohd Puaad, 28, Mohamad Qaiyyum Mohamad Azhar, 23, serta S Patmanathan, 44.

“Siasatan awal mendapati mereka memainkan pelbagai peranan antaranya tukang masak yang dilatih, penyewa premis dan ejen sindiket,” katanya dengan menambah orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
PM wakili rakyat ucap tahniah keputeraan Yang di-Pertuan Agong
June 6, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
22 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok