319 pengembara positif Covid-19, 12,989 kes import terkumpul

January 15, 2022 · Isu semasa

Kes import Covid-19 di negara ini meningkat kepada 12,989 setelah 319 lagi jangkitan melibatkan pengembara dari luar dikesan positif dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes import yang dikesan hari ini, 216 melibatkan rakyat tempatan dan 103 lagi warga asing.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini.

Menurutnya dalam tempoh itu juga seramai 2,828 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif kes pulih meningkat kepada 2,732,771 atau 97.4 peratus daripada kumulatif kes positif sebanyak 2,805,337.

Beliau berkata daripada 3,074 kes baharu yang dilaporkan hari ini 2,755 melibatkan penularan tempatan yang turut membabitkan 130 rakyat asing.

“Sehingga hari ini seramai 193 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dengan 90 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 3,074 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 30 kes atau 1.0 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,044 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh itu 10 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 6,205 kluster dengan 6,029 telah ditamatkan dan 176 lagi masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok