Keputusan rayuan Pengerusi NFCorp saman Rafizi ditangguh

January 13, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed berkata mereka memerlukan masa untuk meneliti hujah yang dikemukakan dan akan memaklumkan pihak terbabit sebaik sahaja mereka bersedia memberikan keputusan.

Turut bersidang Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Puan Sri Zaleha Yusof, lapor Bernama.

Terdahulu, panel itu mendengar hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Mohamed Salleh, dan Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Rafizi.

Dalam prosiding yang berlangsung secara maya hari ini menerusi aplikasi Zoom, Muhammad Shafee memohon panel itu agar mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman fitnah Mohamad Salleh dan syarikatnya terhadap Mohd Rafizi serta memberikan ganti rugi RM200,000 kepada Mohamad Salleh) dan syarikatnya.

Pada Mei 2019, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Rafizi untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi.

Saman fitnah itu difailkan oleh Mohamad Salleh dan NFCorp pada 2013 berhubung kenyataan Rafizi dalam sidang media pada 7 Mac 2012 di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah KL Eco City Properties yang diterbitkan oleh Malaysiakini.

Muhammad Shafee berhujah bahawa kenyataan Rafizi dan dakwaan yang dilontarkan oleh bekas Naib Presiden PKR itu tidak terjumlah kepada komen yang adil manakala fakta dan persekitaran di mana komen itu dibuat menunjukkan tindakan melulu di pihak Rafizi.

Katanya memandangkan Rafizi mempunyai masa untuk menyediakan kenyataan akhbar itu, sudah tentu beliau juga mempunyai masa untuk menghubungi Mohamad Salleh untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Muhammad Shafee berkata Rafizi mengadakan sidang akhbar dan menyiarkan kenyataan yang mendakwa sebahagian daripada pinjaman yang diberikan kepada NFCorp untuk melaksanakan projek National Feedlot telah digunakan oleh Mohamad Salleh dan anak lelakinya sebagai leveraj bagi membiayai pembelian lapan unit pejabat KL Eco City.

Muhammad Shafee berkata Mohamad Salleh telah ditawarkan untuk membuat pinjaman oleh Public Bank namun beliau tidak mengambilnya yang menyaksikan bank itu membatalkan tawaran tersebut dan ini menunjukkan bahawa isu menggunakan wang terbabit sebagai leveraj tidak pernah timbul.

Beliau berkata kenyataan yang dikeIuarkan oleh Rafizi telah menyebabkan perniagaan, kredibiliti serta reputasi Mohamad Salleh terjejas dan hakikat ini tidak boleh disangkal.

Razlan Hadri pula memohon panel itu menolak rayuan tersebut kerana komen yang dibuat oleh Rafizi adalah adil dan mempunyai justifikasi.

Beliau berkata kesimpulan yang dibuat oleh Rafizi bahawa dana awam telah digunakan sebagai leveraj bagi pinjaman Public Bank adalah komen jujur yang akan dibuat oleh orang yang berfikiran waras.

Katanya isu yang mempunyai kepentingan awam perlu dibincangkan dan Rafizi mempunyai asas untuk menyatakan perkara itu selain tidak terdapat kelompongan fakta.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok