Kereta banjir, pengguna boleh dapatkan khidmat AKPK tak perlu lari bank

January 12, 2022 · Isu semasa

Pemilik kenderaan yang terlibat dalam bencana banjir dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Langkah tersebut bagi mengelakkan pengguna yang masih mempunyai hutang sewa beli kereta yang terjejas akibat banjir atau tamat tempoh moratorium melarikan diri daripada bank.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kesukaran dihadapi pengguna terjejas juga sepatutnya tidak dibebani terus oleh pihak bank, sebaliknya memberi peluang mereka membuat penstrukturan semula dengan AKPK.

“Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 memberi banyak kesan kepada rakyat. Ada yang kehilangan pekerjaan dan tidak kurang juga gaji dipotong.

“Bank sudah memberi moratorium, tetapi memasuki 2022, ia ditamatkan. Ditambah pula bencana banjir baru-baru ini, kita lihat banyak kereta tersadai ditenggelami air dan keadaan ini cukup membebankan pengguna,” katanya lapor portal BH.

Pandemik Covid-19 dan arahan PKP oleh kerajaan memperlihatkan semua bank dalam negara memberikan tempoh moratorium kepada peminjam selama dua tahun.

Disember lalu, beberapa negeri dilanda banjir, sekali gus memperlihatkan ramai golongan terjejas termasuk mereka yang kehilangan aset seperti kenderaan sama ada kegunaan peribadi atau perniagaan.

Mohd Yusof berkata, pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat AKPK bagi penstrukturan semula pembayaran termasuk perbincangan bersama pihak bank.

“Rundingan bersama AKPK membantu mereka menstruktur semula pinjaman dan pihak bank tidak boleh sama sekali menafikan hak pengguna yang terjejas, sekali gus mengelak mereka daripada muflis.

“Tindakan ini sekali gus memberi peluang pengguna bernafas kembali selepas diduga akibat banjir,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok