Azam pegawai tertinggi kerajaan sebelum dilantik KP SPRM, jawab pembantu Muhyiddin

January 10, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Azam Baki merupakan pegawai tertinggi kerajaan sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipilih mengikut proses perkhidmatan penjawat awam, kata Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Mantan Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjadi Perdana Menteri Kelapan (PM-8) itu menjawab persoalan yang ditimbulkan Penasihat Undang-Undang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung lantikan Azam sebelum ini.

“Untuk pengetahuan umum, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Di bawah seksyen ini, KP SPRM dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Perdana Menteri pula sepertimana dalam pelantikan mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang lain, biasanya menerima syor daripada Ketua Setiausaha Negara atau mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang,” kata Marzuki dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Marzuki, cadangan tersebut akan disyorkan kepada PM bersama-sama dengan kelayakan calon yang mahu dilantik bagi sesuatu jawatan penting dalam kerajaan.

“Syor ini diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan pelantikan pegawai yang mana di dalamnya terdapat laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.

“Terdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ini termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan yang dibuat oleh pelbagai agensi dari masa ke semasa,” katanya lagi .

Malah, menurut Marzuki seseorang individu yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam sememangnya perlu mengisytiharkan harta milik masing-masing.

“Bagi pegawai yang sedang berkhidmat pula, mereka tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat termasuk pengisytiharan harta.

“Ada borang tertentu yang perlu diisi dan kaedah tertentu yang perlu dipatuhi oleh seorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mengisytiharkan harta masing-masing,” jelasnya lagi.

Jelasnya lagi, sebelum Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, beliau juga menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya yang sudah mempunyai pengalaman berkhidmat dalam agensi tersebut.

“Azam adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya.

“Saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat.

“Jadi tidak timbul soal samada Perdana Menteri Ke-8 membuat semakan latar belakang pegawai sebelum pelantikan dibuat. Proses pelantikan dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah yang ditetapkan,” katanya lagi.

Membalas penjelasan tersebut, Azalina berterima kasih kepada Marzuki yang membuat penjelasan tersebut secara panjang lebar dan menerangkan proses lantikan yang dibuat melibatkan Azam sebelum ini.

“Terima kasih atas penjelasan bahawa memang adanya pelantikan dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah yang ditetapkan,” kata Azalina dalam komen balas di Facebook berhubung penjelasan tersebut.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok