Bantuan RM1,000 dijangka selesai disalur hujung minggu ini: PM

January 4, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas dengan banjir di seluruh negara dijangka selesai diagihkan sebelum hujung minggu ini.

Beliau berkata setakat ini, lebih 70 peratus ketua isi rumah yang terkesan dengan bencana itu telah menerima bantuan berkenaan, menurut laporan Bernama.

PM berkata beliau tidak hanya memberi tumpuan terhadap pengumuman semata-mata malah menekankan pelaksanaan yang cepat agar rakyat tidak menunggu lama untuk mendapat bantuan dalam usaha mengurangkan kesusahan rakyat ketika ini.

“Saya dah umumkan macam-macam insentif dan bantuan kerajaan tapi tak cukup dengan pengumuman, yang pentingnya pelaksanaan, dan saya berpuas hati dengan pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan ini. Dah lebih 70 peratus mangsa banjir dah terima dan dijangka sehingga sebelum akhir minggu ini, seluruh Malaysia selesai 100 peratus, tapi banyak lagi saya umumkan, iaitu kita nak supaya dipercepatkan.

Saya tak nak umum enam bulan, tujuh bulan tak selesai rakyat menunggu. Jadi saya tak mahu rakyat menunggu lama, mereka tengah susah, kita selesaikan kesusahan mereka. Jadi biarlah kita fokus kepada isu rakyat dulu sebelum isu-isu lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan berkenaan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di sini, berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pemberian Bantuan Wang Ihsan kini dipermudah dan diperluas kepada semua mangsa yang terjejas dengan bencana itu apabila rakyat yang terkesan tidak perlu mengisi terlalu banyak borang dan ia turut diberikan kepada mereka yang tidak berpindah ke PPS.

“Macam di sini (PPS SK Gangsa), saya difahamkan mereka (mangsa) tak perlu isi banyak borang-borang pun kerana nama mereka di pusat pemindahan tu dah ada, jadi gunakan nama tersebut untuk kita bayar (Bantuan Wang Ihsan). Kalau dah balik, itu macam dulu sampai tiga bulan, enam bulan baru selesai.

Ini terus kita bayar supaya memudahkan mangsa untuk mengurangkan bebanan mereka. Yang lain-lain tu mangsa yang tidak berpindah ke PPS, yang berpindah ke rumah saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya mereka perlu melaporkan kepada pusat bencana daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah,” katanya.

Ismail Sabri berkata mangsa banjir perlu segera membuat laporan kepada pegawai di pejabat daerah dan berkata beliau difahamkan ada pejabat daerah yang melaksanakan pendaftaran mangsa banjir secara dalam talian dan diharap bantuan dapat segera disalurkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata beliau telah meluluskan sejumlah RM8 juta peruntukan bagi Projek Tebatan Banjir (RTB) di Melaka dan projek berkenaan akan dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan kesan banjir kepada penduduk jika ia berlaku lagi dalam masa terdekat.

“Saya dah lulus RM8 juta untuk (projek RTB) jangka pendek. Kalau boleh air dah surut ni kita boleh mulakan projek dengan segera,” katanya.

Terdahulu PM mendengar taklimat mengenai situasi banjir di negeri Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri.

Beliau meluangkan masa hampir sejam sebelum menyantuni mangsa banjir di PPS SK Gangsa dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pengkalan Alor Gajah.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok