Paras air 10 sungai tahap bahaya

January 4, 2022 · Isu semasa

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan sehingga jam 10 pagi ini 10 sungai di lima negeri mencatat paras melebihi tahap bahaya dengan ada di antaranya menunjukkan trend menaik.

Tiga daripada sungai itu melibatkan Pahang iaitu sungai di Paya Gintong, Jerantut yang menunjukkan trend menurun; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (menaik); dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera (menurun).

Enam lokasi lain yang melibatkan beberapa sungai di Pahang juga berapa pada tahap amaran dan sembilan lagi tahap waspada.

Di Johor pula melibatkan tiga sungai iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat; Sungai Segamat di Bandar Segamat; dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak. Ketiga-tiganya menunjukkan trend menurun.

Paras air di empat lokasi di empat sungai di Johor juga melebihi tahap amaran dan waspada dengan ada di antaranya yang menunjukkan trend menaik.

Dua sungai di Melaka yang melebihi tahap bahaya ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin yang menunjukkan trend menurun; dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (menaik).

Tiga sungai lagi di Melaka berada pada tahap amaran dan waspada.

Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam, Selangor juga melebihi tahap bahaya dan menunjukkan trend menaik, manakala Sungai Muar Sungai Muar di Pekan Rompin, Negeri Sembilan menunjukkan trend menurun.

Dua lokasi melibatkan Sungai Langat berada pada tahap amaran dan waspada.

Sementara itu paras sungai di empat negeri – Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak – berada pada tahap amaran dan waspada.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok