Bomba buat persediaan gelombang kedua banjir di Hulu Langat

December 28, 2021 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menempatkan lima khemah bantuan banjir di Daerah Hulu Langat, Selangor sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di kawasan berkenaan.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata, pihaknya menempatkan khemah berkenaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua; Pejabat Penghulu Batu 14; Sekolah Rendah Sungai Serai; Dewan Orang Ramai Sungai Lui; dan Agro Night Market Nanding di Hulu Langat.

Beliau berkata pihaknya turut menempatkan bot-bot bantuan sebagai langkah persediaan awal.

“Kami bimbang sekiranya kejadian banjir di Hulu Langat berulang semula. Oleh itu, anggota serta aset bot bomba sudah bersedia di daerah berkenaan susulan kilat dan awan mendung dilaporkan di lokasi terbabit,” katanya memetik laporan Bernama.

Mengulas mengenai situasi semasa paras air di Sungai Lui, Norazam berkata paras air kembali normal namun bomba sentiasa membuat pemantauan paras air di sungai berkenaan.

Semalam, di media sosial tular beberapa gambar dan rakaman video berkaitan limpahan air yang berlaku di Sungai Lui dan penduduk di lokasi berkenaan dikatakan dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang berlaku semula banjir.

Sementara itu, mengulas mengenai banjir di Kajang, Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 petang tadi daripada orang awam, memaklumkan berlaku limpahan air dari kolam berhampiran menyebabkan banjir kilat di kawasan perumahan Taman Lembah Mewah dan di Jalan Semenyih, Kajang, di sini.

Beliau berkata kejadian di kedua-dua lokasi berkenaan tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan banjir telah surut sepenuhnya pada kira-kira 7 malam semalam.

“Tiada kerosakan yang serius dilaporkan oleh anggota bomba bertugas serta tiada pemindahan penduduk dilakukan di kedua-dua kawasan berkenaan,” katanya.

Hari ini, tular di media sosial beberapa video berdurasi di antara 10 hingga ke 15 saat memaparkan berlaku banjir kilat di lokaliti berkenaan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
21 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok