Peminjam PTPTN terjejas banjir boleh mohon penangguhan esok

December 27, 2021 · Isu semasa

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan dengan bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok sehingga 31 Mac 2022.

PTPTN dalam kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/ PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran, lapor Bernama.

Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman akibat bencana banjir.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan dan dua bulan ke hadapan dari Disember 2021 hingga Mei 2022. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” menurut kenyataan itu.

PTPTN turut mengingatkan peminjam agar mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan itu dapat disampaikan kepada mereka.

Tambah PTPTN peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN melalui www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim atau menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03-21933000 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang), live chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi PTPTN.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok