Gelombang kedua banjir di Hulu Langat, Bomba tempatkan aset bersiap-sedia

December 27, 2021 · Isu semasa

Aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditempatkan di Sungai Gabai dan Sungai Lui sebagai langkah bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua banjir di kawasan tersebut.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor dengan menjangkakan berlaku hujan lebat di daerah itu hingga 29 Disember ini.

Ketua Bomba Zon Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata aset pasukan sudah digerakkan ke kawasan terbabit dan sudah bersiap-sedia sekiranya berlaku bencana banjir sekali lagi.

“Kita sudah bersiap siaga untuk menggerakkan pasukan dan aset pada bila-bila masa. Kita membuat persediaan di Bilik Gerakan Operasi Bencana Daerah bersama pasukan pengurusan bencana daerah,” katanya lapor BH.

Mengulas mengenai dakwaan kenaikan air sungai di lokasi itu semalam, beliau berkata, berlaku aliran air yang banyak disebabkan hujan di Genting Peras.

Bagaimanapun, katanya, air sungai berkenaan sudah pun surut.

“Semalam kita bertindak terhadap satu video yang tular, mengatakan berlaku kenaikan air Sungai Tuntung. Kita ke lokasi untuk mengenal pasti keadaan sebenar.

“Apabila tiba di lokasi, memang terdapat peningkatan sedikit tetapi ia kembali surut. Namun, pasukan bomba ditempatkan di Batu 20 dan Batu 21, berhampiran sungai itu untuk memantau keadaan.

“Operasi pemantauan ditamatkan awal pagi tadi selepas mendapati air sungai di paras normal,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok