Akibat banjir, 38 tanah runtuh dilaporkan berlaku di Selangor

December 25, 2021 · Isu semasa

Selangor yang terjejas akibat bencana banjir juga berdepan risiko tanah runtuh selepas sekurang-kurangnya 38 laporan diterima berhubung insiden tersebut ketika ini.

Kejadian tanah runtuh tersebut diakibatkan hujan lebat serta banjir yang melanda.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata ia membabitkan lokasi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Daripada jumlah lokasi mengalami kejadian runtuhan cerun dan tanah itu, tujuh dikesan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tujuh lokasi dikesan mengalami kes kritikal, masing-masing di Taman Nusa, Subang di kawasan MBSA, Apartmen Teratai, Selayang di bawah MPS dan Jalan Bunga Anggerik, Taman Dataran Ukay di kawasan MPAJ.

Selain itu, Jalan Melati 7, Taman Seri Melati dan Kampung Sepakat, Batu 16, Rawang di kawasan MPS, Jalan Haji Abdul Latif, Kampung Bukit Kapar di bawah MPK dan Jalan 45B, Bukit D, Kampung Cheras Baru di kawasan MPAJ.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok