Salam ambil ‘berkat’ dapat Omicron, minggu depan pakai peranti digital

December 25, 2021 · Isu semasa

Kerajaan mewajibkan pengembara yang baru pulang dari Arab Saudi memakai peranti digital, mulai minggu depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan individu terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah.

Menurutnya, kebanyakan kes varian baharu Covid-19, Omicron, yang dikesan sejak beberapa hari lalu membabitkan individu yang pulang dari Jeddah, terutama setelah menunaikan umrah.

“Kebanyakan individu terbabit yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah, didapati tidak mematuhi arahan itu, malah menerima tetamu ketika dalam tempoh kuarantin.

“Daripada keseluruhan 49 kes Omicron dikesan, 30 membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.

“Kita mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak mematuhi SOP, dan tidak menjalani pengasingan.

“Ada dalam kalangan mereka bergaul dengan keluarga dan menerima tetamu daripada jiran tetangga.

“Mereka bersalam untuk mengambil berkat tetapi akhirnya mendapat jangkitan Omicron,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Khairy mengingatkan semua individu yang diarah menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman atau rumah untuk terus mematuhi arahan kekal dalam bilik berasingan dan tidak bertemu dengan isu rumah yang lain atau tetamu.

Katanya kegagalan mematuhi arahan itu akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti.

“KKM menyarankan kepada individi yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan optimum serta mengelakkan jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan 49 lagi kes positif varian baharu Covid-19, Omicron, dengan 30 daripadanya jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi antara 13 dan 17 Disember lalu.

Lima lagi kes bertolak dari United Kingdom; Qatar (empat); Amerika Syarikat (tiga); Nigeria (dua); dan masing-masing satu dari Turki, Itali, Emiriah Arab Bersatu dan Ghana.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok